Thnkz 4 ur willing to visit my blog... Keep in touch with me at facebook: muzz_dani@yahoo.com

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by Unknown - - 0 comments



Waa.. ri nh first day sem 5 (29/11/10) best r bg aq!… Dpt melepaskan jawatan aq sebagai ketua kelas dan ley la aq fokus kat subjek2 sem 5 yg membohsankan… Aq harap ketua kelas bru nh lebey bertnggjwb r, walaupun mmg dia nh jenis x taw tnggungjwb an.. hahaha..

Pengajian Malyasia, ingat aq da xyh amek da subjek ni… hish… kne amek lagi.. da la x ske sejarah - menyarah nh + asingment grouping lak tu… lgi r bosan.. aq lebey prefer individu.. best sikit…
Gi satu x sabar lak nk belajar med.surg 3.. cam best je.. tmbh ag respiratory  diseases ngan genital urinary… minat r.. best belajar diseases nh.. sebab kite ley taw sal pnyakit2 nh.. walaupun mencabar, tp menyeronokan.. tmbah ag bile cik norliza mengajar.. lagi best.. hehehe..

khamis nh de dinner.. Dan aq la yang menguruskan persembahan dinner sem aq.. agak pening, kdg2 nk give up pn ade.. pening memikirkan nk wt persembahan ape.. tp ilham dtg juga, and aq decide nk wat persembahan medley yang bakal mengimbas memori senior yang bakal pergi x lama lagi… berlatar belakangkan lagu memori tercipta – shila dan perpisahan – anuar zain… cam sedey la gak.. tapi oke, sebab ianya akan menaikan semangat downg tuk buat yg terbaek LJM nh!..

Thnkz la kepada yang membantu aq dan memberi sokongan kat aq… juga kepada mereka – mereka yang memberi idea tuk mencantikan lagi persembahan ni… Aq akan ingat jasa korang!.. Dan kepada penyanyi2… sediakanlah vokal anda sebaiknya.. kite gegarkan dewan mlm tu!!

akim

Posted by Unknown - - 6 comments

Nth la.. aq pn da fedup ngan dia.. yg penting aq x nk pening kpala pk psl dia.. just go on with what gonna happen next… dont no wht to say… bnyk ag bnde yg aq nk handle dri pk psl dia..

hmm.. cinta datang dan pergi, x semestinya dia tu bakal jadi teman hidup aq sehingga ke akhir hayat pun an.. yg penting fokus aq kat dinner nh..
walaupun persembahan aq mybe bukan yang terbaek dri semester laen.. tapi ok la kot. tuk semester sembilan mengimbas balik memori dorang, dan menaikkan semangat downg tuk buat yg terbaek tuk LJM ni… at least de gak persembahan tuk semester aq nh.. hehehe..

Aq syg dia ke??? hmm.. nth la npe ngan aq.. selalu cam nh.. syg, tapi dulu la kot… pape al pun.. xkisah la kalu aq kehilangan dia.. sbb buat ape nk paksa diri kita untuk sayang dia???
Pening aq… Yang penting skunk.. aq mls Pk.. nk fokus ngan bende laen yg akan mendatang nh… adios~

Posted by Unknown - - 2 comments


Episode 1
 



“Next station, maluri,” kedengaran pengumuman destinasi yang bakal tiba. Beberapa pengguna star LRT sudah bersiap-siap untuk turun. Seorang gadis yg asyik membaca novel sambil mendengar lagu dari hpnya turut bersiap sedia. Menutup novelnya, memasukkn ke dalam beg sandang putihnya. Earphone masih di telinga. Tiba di stesyen Maluri, mereka turun. Matanya masih ralit memandang si gadis. Telefon bimbitnya berbunyi.
“Apa hal pagi-pagi kau dh kacau aku ni?,” soalnya sebaik terdengar suara Naim. Betul-betul mengganggu kosentrasi. Cuci mata pagi-pagi! Pagi yg indah seharusnya memandang sesuatu yg indah-indah jugak. Ceh!
“Sorry la kawan. Ni aku nak pesan kt hang ni Hafiz, tolong beli nasi lemak sebelum hang naik opis, aku tak sempat. Dok jam lg ni,” simpati pulak dengar suara Naim stress pagi ni.
“Ya lah,” talian di matikan. Dia pun selalu menerima nasib seperti Naim. Mujur keretanya rosak minggu lepas. Terpaksa la menapak naik LRT. Tapi terus pulak terlekat naik kenderaan awam itu. Tak payah nak pening kepala dia meredah sesak jalanraya yg sering menguji kesabarannya. Tetapi sebetulnya, dia suka sgt naik LRT pagi-pagi macam ni. Asyik tak sabar je nk tengok wajah gadis tadi. Setiap hari selama semingu ni dia asyik menatap wajah gadis yg asyik dengan novel dan earphonenya. Dia bagai disuntik semangat baru setiap pagi tatkala memandang wajah gadis itu.
“Amboi! Awat dok sengih sorang-sorang ni? Hang dh sewel ka? Satgi aku boh nama hang dalam senarai baru hang tau,” Naim muncul dari balik pintu. Merenung wajahnya yg tersengih-sengih macam orang tak cukup skru. Mamat ni selalu aja muncul saat hatinya sedang bergumbira.
“Kau ni, lain kali bagi la salam, main redah aja,” sengih sumbingnya macam kerang busuk tadi sudah hilang di bawa deru air cond. Matanya terarah pada skrin komputer lcd samsung.
“Sorry ,sorry. Ni aku nak bagitau hang ni, lepas lunch hour datuk Azmi nak mai. Dia ada discussion dengan kita. Aku segan nak suruh Lina buat memo. Lambat. Asyik dok ngadap cermin dari tengok skrin. Meluat aku,” bicaranya pekat dengan loghat utara yang tidak boleh di kikis lagi. Awal-awal perkenalan dulu, dia rasa macam nak tergelak dengan Naim. Lawak sangat loghatnya tu. Dia kata dia tak suka hipokrit. Herot mulutnya nk cakap loghat KL. Tetapi dia suka dengan Naim. Dia rajin walaupun mulutnya bising macam bertih jagung.
“Macam-macam la kau ni. Weh! Petang ni kau free tak?,” wajah hitam manis Naim di renungnya.
“Petang ni? Em… sat aku nak pikiaq,” dia buat-buat letak lengan di dahi. Konon la tu. Action lebih. Hafiz sekadar senyum sumbing.
“Hai.. cepat la. Lebih dari agenda datuk Najib la kau ni,” Hafiz menggesa. Rimas melihat aksi Naim yg sengaja di buat-buat.
“Ok! Aku free kot. Awat hang nak ajak aku p mana? Clubbing ka?,” senyumnya merekah.
“Please la. Mana aku clubbing macam hang!,” dia meningkah. Memang dia tidak suka dengan gaya hidup seperti itu. Biarpun dia lahir dan dibesarkan di kota besar ini, tetapi dia tidak gemar aktiviti macam mat saleh tu. Ibu dan ayah kan sudah memberikan bekalan yg cukup untuk dia. sudah diajarnya yg mana elok dan tak elok. Pernah sekali dia mengikut Naim ke kelab di Jalan P. Ramlee yg bercambah. Masuk ke dalam kelab yg lampu kelam-kelam pun sudah buat dia pening. Inikan pula nak terkinja-kinja menari. Naim ni nampak macam innocent, tapi punya lah teruk perangai dia. suka clubbing. Perempuan ni tak usah cerita. Stok girlfriend dia dah masuk tiga treler kot. Ayat dia memang power. Don Juan pun kalah. Kalau dia cakap sekali jer ngan pompuan, dah confirm pompuan tu akan ikut dia. ke mana tak pulak dia cerita. Ayat apa yg dia pakai entah lah. Tak kisah lah Naim. Asalkn kau tak kacau hidup aku yg tengah aman tenteram ni.

Mereka berjalan seiringan menuju ke bahagian pakaian lelaki. Selepas ke pasar malam tadi dia mengajak Naim ke Jaya Jusco. Nak beli baju katanya. Minggu depan nak ke seminar di Pulau Pinang. Selalunya mereka lebih suka shopping di Sogo atau di KLCC saja. Dah terlanjur ke pasar malam berhampiran dia ajak terus Naim ke sini. Naim ni, mulutnya memang becok. Tetapi taste dia boleh tahan. Macam personal advisor la tuk imej dia. Naim mengambil beberapa helai kemeja yg pelbagai corak dan warna. Baju itu di letakkan di hadapan, supaya senang dia nak memilih yg mana berkenan di mata. Dalam kesibukan memilih matanya toleh pada satu suara lunak yg bertanya dia dan Naim.
“Nak saiz berapa encik?,” gadis itu menyoalnya lagi untuk kali ke dua. Gadis itu! Argh! Dia! manis! Matanya tidak berkedip merenung si gadis berambut panjang melepasi bahu. Rambutnya yg lurus diikat kemas.
“Fiz! Hang ni pasai apa?,” jerkah Naim betul-betul di telinganya. Hafiz terkejut. Wajahnya pucat. Dia jadi kalut. Mengambil baju kemeja jalur ungu dan terus masuk ke dalam fitting room.
Air teh tarik diteguk sampai tinggal setengah. Nasi kandar berlaukkan kari ikan bawal sudah hampir cerah di pinggan. Naim dan nasi kandar. Macam irama dan lagu. Macam romeo dan juliet. Macam… macam…. Macam macam la. Dia renung wajah Hafiz.
“Awat hang tak cakap nak kenal dengan girl tadi?,” Naim menyorot wajahnya dengan renungan yg penuh perasaan. Ada marah, ada geram, ada simpati. Kenapa lah mamat sehandsome Hafiz ni tak di anugerahkan jiwa romantis seperti dia. Pandai mengayat, pandai mengorat, pandai ambik hati perempuan. Segalanya dia pandai.
“Aku segan lah. Selalu dalam LRT aku curi-curi pandang je masa dia tengah layan novel kesukaan dia tu,” Hafiz mengatur kata satu-satu. Dia betul-betul terkejut ketika menatap wajah Syazrin. Mujur dia sempat lihat tag nama gadis itu.
“Teruk lah hang ni. Girl macam tu pun hang tak boleh nak tackle. Baik aku aja yg tackle. Boleh?,” Naim sudah buat muka toya. Mengada-ngada!
“Kepala hotak kau! Senang-senang nak ngorat gadis pujaan aku,” dia angin tiba-tiba. Mau melayang penampar sulung kalau Naim sungguh-sungguh dengan hasratnya nan itu. Tackle perempuan lain dia tak heran, jangan pulak nak sentuh gadis itu.

Posted by Unknown - - 0 comments

Episode 2 

http://www,facebook.com/muzz.dani 

Hujan masih lebat membasahi bumi yg sudah beberapa hari ketandusan. Dia hanya berdiri sandar di dinding sementara menanti hujan berhenti. Lagipun masih awal. Belum pukul 6 petang. Stesyen LRT Masjid Jamek masih penuh sesak dengan penggunanya. Hafiz merungkaikan tali lehernya. Rimas. Matanya sesekali mengerling merenung beberapa anak muda yg bingit bercerita sambil bergelak ketawa. Penumpuannya tertumpu pada seorang lelaki dan perempuan yg sedang berbual. Lagaknya macam bergaduh. Gadis itu cuba berjalan untuk turun ke oscilator. Lelaki itu menahannya. Hatinya berdegup kencang pabila menyedari gadis itu Syazrin. Pelbagai persoalan muncul di benaknya tiba-tiba. Mungkin lelaki itu kekasihnya. Mungkin suaminya? Ah! Masih muda kan. Takkan sudah berkahwin. Eh! Mana tau kalau lelaki itu benar-benar suaminya. Tidak! Tak mungkin kot. Hatinya sudah gundah. Baru rasa itu tumbuh di sudut hati, tercantas pula. Syazrin sudah hilang di balik orang ramai. Nampaknya dia harus melupakan Syazrin.. Syazrin.. kenapa engkau hadir dan mengetuk pintu hatiku yg sudah lama sejuk beku ni? Arhhhg! Pelbagai rasa sudah menerjah di ruang hati yg bertahun-tahun tandus dek rasa yg sungguh halus, mulus seperti ini.

Seminggu di Pulau Pinang. Hari ini dia harus memulakan tugas seperti kelazimannya. Harus menapak menaiki LRT. Harus bersesak-sesak dengan pengguna yg lazim sepertinya juga. Dia memberikan ruang kepada seseorang yg duduk di sebelah. Briefcasenya yg tadi berada di sebelah, terus beralih tempat di ribanya. Dia menoleh. Syazrin! Di sebelahnya gadis pujaan yg seminggu tidak di tatap. Ada rasa yg menjalar. Rindu kot! Eh! Syazrin kan orang punya. Mana boleh dia masuk jarum pula. Dulu lagi dia bertegas takkan mengganggu hak orang lain. Tapi matanya masih mengerling pada gadis itu. Seperti biasa dengan novel dan earphonenya. Hari ini dia membaca karya Hlovate. aA + bB. Sesekali dia tersenyum. Hafiz ikut senyum. Dia benar-benar menghayati jiwa Syazrin tika itu. Apa yg gadis itu rasa, mungkin dia rasa. Mungkin kerana mereka terlalu hampir. Bahunya hampir bergesel dengan bahu Syazrin. Mungkin itu buatkan jiwa mereka makin dekat. Bisiknya di dalam hati. Tiba-tiba telefon bimbit Syazrin berdering. Lagu Hot n Cold nyanyian Katy Perry . Dia meletakkan novelnya di sebelah. Antara dia dan Hafiz. Lama bercakap di talian. Suaranya perlahan. Tidak mahu mengganggu pengguna lain yg masing-masing buat hal sendiri. LRT berhenti. Dia bergegas turun sambil masih bercakap dengan panggilan dari sana. Hafiz hanya merenung sehingga gadis itu hilang dari pandangan. Eh! Novel awak! Awak! Dia tertinggal novel dia pula. Lalu Hafiz memasukkan ke dalam briefcasenya. Nanti dia akan pulangkan. Esok mungkin mereka akan bertemu lagi. Boleh lah dia pulangkan novel Syazrin.
Usai mesyuarat di Putrajaya dia tidak terus balik ke pejabat. Sebaliknya ke Taman Maluri, Jaya Jusco menjadi destinasi. Dia ingin memulangkan novel kepunyaan gadis pujaan. Eh! EX gadis pujaan. Ada ker macam tu? Hafiz menggumam sendiri. Dia sengaja masuk ikut pintu belakang saja. Tak jauh sangat ke bahagian yg Syazrin kerja. Langkahnya terhenti tatkala terdengar pertengkaran kecil. Syazrin dan lelaki itu. Syazrin mengatakan sesuatu kepada lelaki itu. Pang! Satu tamparan hinggap di pipi mulusnya. Lelaki itu ingin menampar sekali lagi. Hafiz menahan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia bertindak begitu. Perempuan harus dilindungi. Ya. Mungkin itu yg sepatutnya.
“Kau sapa nak masuk campur hal orang ni?,” lelaki itu menjerit kepadanya. Syazrin berlindung di belakang Hafiz sambil memegang pipinya yg sudah merah.
“Bro, jangan lah buat perempuan macam ni. Tak baik,” aduss… dia punya kekuatan entah dari mana untuk mencampuri urusan orang begitu.
“Dia adik aku la. Punya pasal lah aku nak buat apa pun,” wah! Rupanya mereka bukan seperti apa yg dia sangka. Yahoo! Masih ada peluang! Hatinya berbisik gembira. Sempat lagi! Terasa Syazrin menarik bajunya dari belakang. Tangannya terketar-ketar. Gadisku! Aku akan menjadi pelindungmu. Tetapi dia tak sepatutnya begitu. Lelaki itu kan abangnya. Abang lebih berhak dari dia yg entah siapa siapa kepada Syazrin. Syazrin pun mungkin tidak mengenali dia.
“Relaks lah bro. aku tau lah dia adik kau. Tapi mana boleh kau buat macam ni pada dia. dia pompuan,” dia cuba bercakap baik-baik dengan lelaki itu. Bakal abang iparnya. Eh! Melalut lagi dia.
“Kau ni sapa? Dia adik aku. Kau tak payah pening kepala masuk campur hal aku dengan dia. kau sapa, hah?,” lelaki itu masih dengan amarahnya yg tidak berkurang. Mencerun merenung Hafiz.
“Sorry lah. Aku pun tak mau masuk campur. Tapi tolong lah cakap baik-baik dengan dia. dia kan perempuan. Kau tak malu ke kt orang, bro? orang asyik tengok kau je,” nasihatnya sambil cuba memegang bahu abang Syazrin.
“Kau ni pehal?,” gedebup! Sebijik tumbukan padu hinggap di pipi Hafiz. Aduh! Sakitnya. Badannya kurus saja. Tapi sakitnya sampai nak pecah pipi dia. Nasib baik rahang tak patah.
“Awak! Abang! Sudah lah. Jangan lepaskan kat orang lain pula. Nanti orang bagi la duit yg abang minta tu,” Syazrin menerpa kepada Hafiz yg sudah rebah ke lantai. Dia memandang wajah abangnya takut-takut.
“Ha! Macam tu la. Kalau aku minta kau kena bagi. Kalau tak siap kau!,” ujarnya lalu meninggalkan Syazrin dan Hafiz.
“Saya minta maaf sebab saya, awak jadi mangsa,” Syazrin merenungnya sayu. Matanya redup. Dia kesal melihat pipi Hafiz yg sudah lebam.
“Tak apa. Itu perkara kecik aja,” gentleman lagi dia. dia simpati pada Syazrin. Rupanya gadis itu punya kisah hidup yg tragik. Ibunya meninggal dunia ketika melahirkan adiknya yg bongsu. Bapanya pula berkahwin lain setelah beberapa hari setelah kematian ibunya. Langsung tidak mengambil tahu tentang dia dan adik beradiknya lagi. Dia punya empat adik-beradik. Abangnya sudah tidak boleh diharap. Dari mat rempit sudah jadi penagih dadah. Adiknya yg ketiga pula masih bersekolah. Tingkatan 5. bakal menduduki SPM. Adik kecilnya baru berusia enam tahun. Bermakna hidupnya sudah berkecamuk sejak enam tahun lalu. Semenjak pemergian ibu tersayang. Mujur rumah flet yg mereka duduki sekarang di beli oleh ibu. Kalau tidak mesti dia dan adik-beradiknya merempat entah di mana.
“Awak balik pukul berapa?,” dia merenung wajah Syazrin. Gadis itu sedang melipat baju yg di cuba oleh pelanggan tadi. Dia pula duduk di kerusi yg diberikan Syazrin.
“Lambat lagi. Hari-hari buat ot. Boleh tambah duit sikit,” gadis itu senyum. Hafiz di serbu rasa pilu. Dia kesiankan Syazrin. Dia kasihkan Syazrin.. Ya. Dia sedang mencambahkn rasa kasih pada gadis bernama Syazrin.

Posted by Unknown - - 0 comments


 Episode 3

Teh tarik di hadapannya masih belum surut. Wajah Naim ditatapnya. Lelaki itu asyik menikmati makanannya. Mee goreng mamak memang favourite Naim. Dia rasa Naim ni mesti ada keturunan anak mami kot. Suka sangat masakan mamak ni. Nasi kandar la. Mee goreng mamak la. Mee rebus mamak la. Semua mamak. Tetapi Naim bertingkah. Maknya anak melayu asli. Ayahnya pula anak kedah asal. Tak ada kena mengena dengan mami mamak. Sah-sah dia anak yg tertukar semasa maknya melahirkan dia. Usiknya selalu pada Naim. Naim tak kisah.
“Hang ada masalah ka?,” katanya sambil menghirup teh tarik. Ada umph! Sedapnya.
“Mana ada. Aku ok ja lah,” secebis senyuman terukir di bibir.
“Ceh! Nak tipu aku. Kat Lina minah senget boleh lah hang nak cong. Aku ni orang berpengalaman. Lebih dulu makan garam dari hang,” cetusnya. Sebijik macam ayah Hafiz cakap kena dengan ayat terakhir tu. Macam lah dia tua sangat nak makan garam lebih dari aku. Tua sebulan ja. Tahun sama. Hafiz bagai nak mengekek ketawa. Kadang-kadang cakap Naim macam orang tua.
“Eleh.. kau ni memang la. Semua masalah orang kau nak tau. Masalah aku ni tak ada kena mengena dengan kau la,” Hafiz sekadar mengerling wajah Naim yg sudah serius. Macam nak berbahas aje lagaknya.
“Apit, aku ni kawan hang. Kawan dunia akhirat tau. Masalah hang masalah aku la. Hang cerita mai. Pakar motivasi rumah tangga merangkap penolong kanan Dr Fazilah Kamsah ni boleh tolong hang,” Naim sudah memulakan mukadimahnya. Penuh keyakinan. Hafiz melebarkan senyuman manisnya. Kalau dia rasa susah hati Naim lah pengubatnya. Mendengar celoteh Naim sudah buat dia lupa masalah.
“Ya lah.. aku dah jatuh cinta kat dia. macamana nak buat ni?,” Hafiz mengalah saja. Meluahkan rasa yg sudah berbuku di dada. Sesak macam naik LRT waktu balik kerja aja.
“Hahaha!,” Naim gelak besar. Memang sejarah. 3 tahun dia mengenali Hafiz. Baru hari ini dia bercakap soal hati. Hatinya yg sudah dicuri gadis JJ itu.
“Ni yg malas nak cerita kat kau. Tak patut la gelak kat aku macam tu,” wajahnya sudah berona. Blushing! Susah nak jumpa lelaki macam ni. Malunya mengalahkan perempuan.
“Ops! Aku cuma terkejut aja. Ingatkan hang ni anti perempuan,” tawanya masih bersisa sedikit. Segera dia menarik nafas macam lepas berjogging. Ingin membuang segala rasa lucu yg masih bertakung dalam kolam hatinya. Merenung wajah Hafiz membuatkan dia kasihan pula. Dia perlu bertindak bijak dan segera agar Hafiz dapat memenangi hati Syazrin. Tumpang lelaki ini sudah jatuh cinta, harus rasanya dia membantu. Wajib sebenarnya. Kesian betul dengan sahabat baiknya ini.
Dari kejauhan dia ternampak kelibat Syazrin duduk di meja yang agak tersorok. Restoran itu menjadi tempat pertemuan mereka hari ini. Selalunya dia yg ke Jaya Jusco menjenguk Syazrin. Hari ini mereka bertemu janji. Syazrin asyik menyoalnya. Kenapa di ajak bertemu di situ? Hari penting Hafiz? Selama perkenalan mereka hampir 3 bulan ini, tidak pernah pula mereka bertemu di tempat lain. JJ aja tempatnya.
“Rin, maaf yer. Terlambat,” dia duduk mengadap Syazrin yg ringkas berbaju t shirt putih dan jeans biru. Tapi tetap nampak comel.
“Takpe. Rin datang awal sikit. Tumpang kawan. Dia dah on the way ke Ampang Point,” Syazrin membelek menu yg diletakkan seorang pelayan apabila Hafiz sampai. Dia teringin nak makan grill chicken. Nanti kacau duit belanja. Terus hasrat itu dimatikan. Matanya menatap menu yg di tulis. Hafiz hanya membiarkan. Dia lebih senang merenung wajah Syazrin tanpa disedari si empunya diri. Cutenya. Kulit dia tak cerah, tapi tak gelap. Hidungnya tinggi tapi tak mancung sangat. Matanya cantik, berbulu mata lentik. Bibirnya merah walaupun tanpa secalit lipstik.
“Bang nak order apa?,” suara pelayan lelaki itu mengejutkannya dari menikmati keindahan yg maha Esa. Kacau line betul..
“Fresh orange 2,” pesan Hafiz. Syazrin memandangnya.
“Rin nak makan apa?,”
“Nasi goreng ikan masin,” Syazrin menghadiahkn senyum manisnya kepada budak pelayan itu.
“2 yer,” sambung Hafiz. Sengaja memilih menu yg sama. Tenungan Syazrin tidak diendahkan.
“Apa yg abang nak cakap? Sampai ke sini jumpa. Abang nak kahwin ke?,” terpacul soalan itu dari bibir munggil Syazrin. Hampir tersedak Hafiz di buatnya.
“Eh! Mana ada,” dia meneguk fresh orange itu beberapa kali. Mencari kekuatan untuk meluahkan perasaan.
“Sebenarnya abang..,” ayat tersebut belum sempat di habiskan apabila seseorang menepuk belakangnya. Dia menoleh. Gedebup! Gedegup! Gedegup! Beberapa tumbukan padu mengenai mukanya. Sehingga dia terjatuh dari kerusi. Terasa panas mukanya. Rasa hendak pitam dengan tumbukan itu. Terdengar jeritan Syazrin. Tetapi kali ini kaki dan badannya pula menjadi sasaran. Dia tidak sempat melawan. Dia benar-benar kalah. Hanya kedengaran sayup-sayup suara Syazrin menjerit meminta pertolongan. Hilang dan kelam… gelap…
Wajah mendung encik Zahar yg pertama sekali menjadi tatapan tatkala matanya terbuka. Rasa macam berpusing-pusing pula bilik yg sedang didudukinya. Macam kenal. Bilik dia rupanya. Bila masa pula dia boleh sampai ke rumah sendiri. Tadi masih dengan Syazrin. Mana dia? matanya melilau mencari sekujur tubuh itu. Tetapi hanya ada wajah ibu, Puan Radiah. Nadia, adik perempuan di hujung katil.
“Angah dah bangun? Angah rasa macamana sekarang?,” soal si ibu. Ada riak kerisauan dalam nadanya.
“Em..,” hanya itu yg mampu terkeluar dari kerongkong. Sakitnya kepala dia. rasa macam kebas saja di kaki dan badannya.
“Sudah la. Rehat. Jangan banyak sangat tanya dia. biar dia rehat. Dia dah sedar ni lega sikit,” kata ayah lalu keluar dari bilik.
“Yer la mak. Biar lah angah rehat. Dia pun baru aja sedar,” Nadia menarik tangan Puan Radiah keluar dari bilik. Wanita itu menurut. Sempat dia menggosok rambut si anak sebelum keluar.
“Nadia, macamana angah boleh ada kt rumah?,” tanya Hafiz ketika Nadia membawa makanan malam ke bilik.
“Pak cik Omar sebelah yg hantar balik. Dia kata angah kena pukul. Sampai pengsan tau. Sapa yg pukul angah ni? Sapa budak perempuan yg ada dengan angah tu?,” Nadia memandangnya yg sedang menyuap nasi ke mulut dengan sudu.
“Syazrin..,” ujarnya di susuli senyum di bibir.
“Ooo… girlfriend angah yer? Entah-entah boyfriend dia yg tumbuk angah sampai terkehel macam ni,” kutik Nadia. Wajahnya serius. Pelik dengan abangnya yg ini. Kata sakit, tapi sebut aja nama Syazrin terus senyum.
“Eh! Angah tak kacau girlfriend orang tau. Baik-baik cakap tu,” dia mempertahankan diri. Menepis andaian Nadia yg bukan-bukan.
“Abis? Sapa yg pukul angah kalau bukan boyfriend dia?,” budak itu masih becok mencungkil rahsia. Susah sangat nak mengaku. Diantara 4 orang hero dalam keluarganya, hanya angah yg selalu mengelak bila di tanya tentang pasangan hidup. Dulu kawan Nadia nak masuk line, dia tak sudi. Nak cari sendiri konon.. belum apa-apa tengok dah lebam muka…

Posted by Unknown - - 0 comments

Episode 4

Seminggu berlalu. Sejak insiden itu Syazrin tidak lagi menghubungi dia. petang itu sengaja dia keluar awal dari pejabat. Hari ini dia lebih senang memandu kereta dari menaiki LRT. Kereta di halakan ke tempat parking. Hatinya menyanyi riang ketika terpandang wajah yg sudah seminggu tidak ditatap. Syazrin sedang melayan beberapa pelanggan. Senyuman manis sentiasa menghiasi wajah mulusnya. Hafiz bersandar di dinding. Dia tidak mahu pergi dulu. Biar Syazrin menyiapkan kerjanya. Setelah pelanggan itu berlalu dia menghampiri Syazrin. Syazrin terkejut ketika terpandang wajah dia. Gadis itu seakan ingin melarikan diri dari berduan begitu.
“Syazrin tak suka abang datang ke sini?,” mata mereka saling bertatapan.
“Abang, tak payah jumpa Rin lagi lepas ni,” Syazrin melipat beberapa helai kemeja yang di cuba oleh pelanggan tadi.
“Kenapa? Syazrin tak suka abang?,” Hafiz di serbu rasa sendu. Pasti ada sebab kenapa Syazrin tidak mahu menemuinya. Gadis ini sudah punya kekasih? Tak mungkin. Sepanjang perkenalan mereka, Syazrin sudah mengakui secara jujur dia tidak punya kekasih. Dia masih belum terbuka hati untuk berpacaran.
“Bukan.. abang, ini demi kebahagian abang,” gadis itu pohon pengertian. Berharap sangat Hafiz mengerti dan menghormati keputusannya. Hatinya di calar luka. Tetapi dia perlu bertindak begitu. Untuk kebahagian Hafiz.
“Rin, abang minta maaf. Kebahagian abang adalah bersama Rin. Awal-awal lagi abang ingin berterus-terang dengan Rin, tak sempat hari tu. Tapi hari ni abang nak Rin tau abang sukakan Rin, abang sayang Rin,” luahan hatinya di hamburkan. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Dia perlukan Syazrin untuk melengkapi hidupnya. Wajah Syazrin dipandang lagi. Gadis itu tergamam. Terdiam terus.
“Rin, abang dah jatuh hati pada Rin, please..,” tangan Syazrin diraih. Kali pertama dia melakukan begitu kepada seorang gadis. Hilang rasa malunya. Dia tak ingin terlambat lagi kali ini. Sayangnya pada Syazrin sudah tidak boleh di bendung. Umpama bom jangka yg bakal berlegak. Aku cinta kamu Rin! Ingin saja dijerit sekuat hati. Biar semua dengar apa yg tersirat. Tetapi dia tidak punya kekuatan seperti itu.
“A.. Abang.. jangan macam ni,” Syazrin terkedu. Tangannya di renggut kasar.
“Rin bagi peluang pada abang. Abang akan membahagiakan Rin,” Hafiz memujuk. Dia tahu Syazrin pernah kecewa dalam cinta. Dia ingin meyakinkan Syazrin, cintanya pada gadis itu adalah yg pertama dan yg terakhir.
“Abang takkan bahagia kalau bersama Rin,” tuturnya. Wajahnya berpaling dari bertentang mata dengan Hafiz. Dia sudah bertekad dengan keputusannya. Semuanya demi lelaki ini.
“Apa yg Rin cakap ni? Abang Cuma nak bersama Rin. Abang serius. Abang tak main-main,” bagaimana harus diluahkan lagi. Yakinilah cintaku ini Rin. Aku ikhlas ingin memilikimu. Bisiknya di dalam hati.
Tidak.. kalau bersama Rin, abang akan menderita. Cukup lah seketika Rin menumpang kasih abang.. relung hatinya berbisik juga. Hati mereka sama-sama berbisik.
“Rin, kalau Rin tak dapat terima abang, tolong bagi penjelasan, abang nak tau.Rin dah ada orang lain? Mungkin abang yg terlambat..,” wajahnya sudah sendu. Hatinya sudah hampir patah. Dia benar-benar kalah. Hatinya sakit. Beginikah rasa kecewa? Beginikah rasa terluka? Dia kan belum bercinta. Bagaimana dia sudah terluka, kecewa? Wajah Syazrin ditatap. Gadis itu hanya diam. Kebisuan mengepung mereka. Setelah setengah jam berlalu, Hafiz melangkah. Meninggalkan Syazrin yg beku. Gadis itu tidak menghalang. Tidak memanggilnya.