Thnkz 4 ur willing to visit my blog... Keep in touch with me at facebook: muzz_dani@yahoo.com

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by Unknown - - 0 comments

Episode 5

Naim sudah berbuih-buih menasihati dan memberikan kata-kata perangsang. Apa punya spesis kawannya ini. Kalah sebelum berjuang. Kalau kalah pun biarlah penuh bermaruah. Seperti dia. Dalam setiap perhubungan, jika ingin memutuskan, dia saja. Para gadis tidak akan sesekali dibiarkan meninggalkan dia. biar dia meninggalkan mereka. Baru lah bermaruah. Tidak seperti hafiz, baru ingin memulakan hubungan, sudah berpatah arang.
“Hang ikut aku ke star walk malam ni nak? Aku rekomen yg bagus punya. Nak?,” Naim tidak jemu memujuk. Wajah Hafiz sudah beberapa hari mendung. Serius. Dia sudah kehilangan sahabatnya sejak beberapa hari ini. Sudah berubah sikap.
“Tak mau la. Thanks. Aku ok ja. Jangan risau yer,” segaris senyuman menghiasi wajahnya yg tidak beriak. Hilang akal kalau dia setuju. Nanti tak pasal-pasal dia dapat girlfriend recyle Naim. Tak mau la. Cukup-cukup la dia pernah terkena sekali dulu. Memang lawa gurl yg Naim rekomen. Macam model. Putih melepak. Tapi perangai dasat la. Sosial. Jumpa Naim pun boleh cium pipi. Mau jadi anak derhaka dia kalau pak Zahar bermenantukan perempuan macam ni. Tak ingin rasa pak Zahar mengaku dia anak. Awal-awal dia dah sound dekat Naim. Biar dia takda girlfriend dari dapat girlfriend macam tu.
“Sirap limau, bihun goreng,” katanya pada seorang lelaki yg sedang menuliskan sesuatu di atas kertas. Lelaki itu masuk ke dapur. Hafiz menoleh ke kiri dan kanannya. Kedai makan itu masih lengang. Kedai makan berderet di tepi jalan begitu selalu menjadi persinggahannya jika pulang dari kerja. Jika terasa ingin makan selain dari nasi pasti kedai makan ini menjadi pilihan. Dia hilang selera untuk menjamah nasi. Bukan masakan mak tidak sedap. Cuma seleranya yg mati. Sejak beberapa hari ni memang makannya tidak terurus. Hari ini dia hanya makan nasi lemak pagi tadi. Itu pun Naim puas memaksa. Mujur aroma daun pisang yg sudah hampir pupus di ibu kota ini berjaya menggoda nafsu makannya. Tengahari dia tidak makan. Kebetulan mesyuarat di tapak projek di Klang berlanjutan sehingga pukul tiga. Surat khabar metro di selak satu persatu. Banyak topik yg dia tertinggal. Dari isu semasa sehingga ke arena sukan. Asyik sibuk dengan kerja yg tak pernah habis-habis. Sekejap saja menu yg dipesannya sudah terhidang di depan mata. Bihun goreng masih berasap. Sedap. Di tambah pula dengan cili padi kicap. Memang ada umph…. Dia menghabiskan makanannya.
Suara seorang gadis merintih membuatkan dia tertoleh. Seorang gadis berpakaian sekolah sedang menangis tidak jauh dari tempat keretanya di letakkan. Mulanya dia ingin masuk sahaja ke dalam kereta. Wajah lelaki yg sedang menyelongkar beg anak gadis itu menarik perhatiannya. Seiras abang Syazrin. Memang dia!
“Kau bagi cincin tu kat aku!,” jeritnya sambil merenggut tangan anak gadis itu.
“Abang! Ni cincin pemberian mak. Acik takkan bagi kat abang!,” gadis itu menangis. Lelaki itu semakin kasar.
“Bro! apa yg kau buat ni?,” jerkah Hafiz. Biarpun masih terasa pedih tumbukan lelaki itu dahulu tetapi dia perlu membantu. Dia kan masyarakat yg punya sivik. Wah!
“kau lagi! Kan aku dah warning jangan dekati adik aku lagi. Kalau kau masuk campur urusan aku dengan adik-adik aku kau akan mati!,” tingkahnya sambil mengasari adik perempuannya. Adik Syazrin juga.
“Apa yg kau cakap ni? Benda ni kan boleh settle baik-baik. Kita bincang la bro,” pujuknya lembut.
“Woi! Kau tak faham bahasa ke? Aku kata jangan kacau adik aku. Kalau aku tau kau cuba rapat dengan adik aku, mati kau aku kerjakan,” Izham sudah hilang sabar. Ingin sahaja di belasah mamat di hadapannya ini. Kan awal-awal lagi dia sudah memberi amaran kepada Syazrin. Jangan berbaik-baik dengan mamat ni lagi.
“Jadi sebab ni lah Syazrin tak nak kawan dengan aku,” katanya perlahan. Seakan memberi jawapan kepada kebisuan gadis itu beberapa hari lalu.
“Memang! Aku kata jangan cuba dekati adik aku lagi. Kau tak faham ke?,” dia tidak tahu bagaimana ingin membuatkan lelaki di hadapannya faham. Berambus saja!
“Apa salah aku? Bro, kau jangan lah buat macam ni. Kesian lah kat adik kau,” wajah anak gadis itu di renungnya.
“Lantak aku lah. Diorang semua adik aku. Aku boleh buat apa saja yg aku suka, kau sapa?,” suaranya tidak selantang tadi. Tangan gadis itu belum dilepaskan.
Adik ipar kau! Eh! Hilang akal dia kalau jawab macam tu.
“Aku kawan Syazrin. Dah la tu. Kita bincang ok,” Hafiz cuba berlembut lagi. Dia tidak mahu jadi seperti dulu.
“Aku kata jangan masuk campur hal aku. Pergi!,” jeritnya sambil menolak Hafiz.
“Bro..,” Hafiz cuba memegang bahu Izham. Lelaki itu cuba melepaskan satu tumbukan. Nasib baik dia sempat mengelak. Sekali lagi tumbukan di lepaskan. Kali ini hampir kena pada perutnya. Dia cuba mempertahankan diri. Lelaki itu semakin ganas. Kali ini dia tidak akan memberi peluang kepada Izham lagi. Beberapa tumbukannya hinggap pada badan dan muka Izham. Setelah teruk dia terkena tumbukan Hafiz, dia berlari meninggalkan mereka. Wajah gadis yg masih sendu itu direnungnya..

Leave a Reply