Thnkz 4 ur willing to visit my blog... Keep in touch with me at facebook: muzz_dani@yahoo.com

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by Unknown - - 0 comments

Episode 6

Hafiz merenungnya dalam-dalam. Syazrin hanya diam bisu. Membiarkan bayu petang menyapa rambutnya hingga terbuai-buai. Suasana di perkarangan taman permainan kanak-kanak hadapan flet itu agak lengang. Hanya beberapa budak lelaki dan perempuan bermain dia buaian. Terdengar bunyi tali besinya berkeriuk tiap kali buaian di hayun.
“Syazrin, benar-benar tak sukakan abang?,” soalnya setelah lama terdiam. Gadis itu masih kaku. Memandang jauh ke jalan yg terbentang tanpa perasaan. Beberapa buah kereta bergerak laju.
“Abang tak payah sukakan Rin. Rin tak layak untuk abang. Abang dh tengok kan macamana family Rin. Rin ada abang yg tak bertanggungjawab. Rin ada dua orang adik yg perlu Rin tanggung. Rin ni bermasalah. Rin tak nak abang terjebak dengan masalah Rin,” luahnya panjang lebar. Ketika dia baru pulang dari kerja tadi, Hafiz dan Syamin pun sampai. Dia terkejut. Setelah Syamin bercerita baru lah dia faham. Dia jadi malu pada Hafiz. Dia tidak layak buat lelaki sempurna seperti Hafiz. Terlalu banyak lelaki itu tahu tentang mereka sekeluarga.
“Rin, jangan cakap macam tu. Abang sedia terima diri Rin seadanya. Begitu juga adik-adik dan abang Rin,” wajah Syazrin di renung lagi. Dia tahu gadis itu rasa rendah diri dengan masalah keluarganya. Tapi dia sanggup terima semuanya. Dia tidak boleh menipu diri. Menahan hati. Dia sudah jatuh sayang pada Syazrin. Di pejabat pun wajah gadis itu yg menempel walaupun ketika memandang wajah Rina yg macam nyonya opera. Di rumah apatah lagi. Wajah abah pun kadang-kadang dia nampak macam Syazrin. Nadia kata dia sudah angau.
“Rin ni banyak kekurangan. Abang sepatutnya pilih gadis lain. Bukan Rin,” tingkahnya lagi. Seboleh mungkin dia mahu menangkis perasaan sayang yg bertamu. Dia sengaja membuang rasa rindu jauh-jauh. Bukan dia hatinya tidak diketuk rasa sayang pada Hafiz. Cuma sebolehnya dia ingin menghalau rasa itu. Dia teringat sebaris kata-kata pujangga ‘cinta tidak semestinya bersatu’. Cinta itu rona-rona abstrak. Ada yg rasa warnanya biru. Membuatkan rasa rindu selalu. Ada pula yg nampak cinta itu seakan merah jambu. Sentiasa indah. Dia tidak tahu apa rasa rona cinta hatinya pada Hafiz. Mungkin kelabu. Seperti mendung yg selalu bertandang sebelum hujan turun.
“Syazrin, ini lah kali pertama abang sukakan seorang gadis. Dan gadis itu adalah Rin. Abang tak mau melepaskan sesuatu yg abang dh suka. Tetapi kalau Rin rasa kehadiran abang membuatkan Rin hidup bertambah kusut, maafkan abang. Abang terima keputusan Rin,” wajah mulus Syazrin ditenung lagi. Dia tidak jemu memandang wajah itu. Wajah yg sudah melekat kemas di sudut hati. Gadis itu sudah bertakhta di ruang yg paling istimewa. Syazrin tertunduk. Dia jadi buntu. Dia kasihkan Hafiz. Tetapi dia tidak mahu Hafiz terjerumus dalam permasalahan keluarganya yg kelam-kabut begitu. Awal-awal lagi Izham sudah memberi amaran. Jangan berbaik-baik dengan Hafiz. Nanti dia akan belasah Hafiz separuh mati. Dia tidak mahu Hafiz menjadi mangsa seperti budak lelaki di blok belakang. Akibat selalu membantu Syazrin, lelaki itu hampir maut. Motornya di tendang Izham ketika sedang ditungang laju. Kes itu ditutup kerana tiada saksi. Dia tahu memang kerja Izham. Wajah sugul Hafiz di pandang sekilas. Dia tidak mahu kehilangan Hafiz. Kebahagian Hafiz adalah kebahagian dia juga.
Malam itu dia benar-benar tidak dapat tidur lena. Kipas siling yg berputar laju di perhatikan dalam kelam tanpa cahaya lampu. Hanya cahaya bulan terbias sedikit dari balik tingkap yg tidak ditutup rapat. Wajah Syamin direnung. Sekujur tubuh gadis itu baring mengadapnya. Syamin sedang di buai mimpi. Sejak 2 bulan ini adik perempuannya selalu mengigau. Mimpi yg menakutkan agaknya. Kesian adiknya. Kemudian pandangannya berpaling ke kanan. Wajah Wafi ditenung dalam-dalam. Wajah adik lelaki bongsunya ada iras arwah mama. Hidungnya mancung macam hidung mama. Cuma matanya yg iras ayah. Rambut lurus Wafi diusap perlahan. Anak kecil ini belum mengerti apa-apa tentang kehidupan. Dia tidak pernah merasai kasih sayang mama dan ayah. Jauh berbeda dari dia, Syamin dan Izham. Setidak-tidaknya mereka pernah rasa erti kasih seorang ibu dan perhatian seorang ayah. Lalu ingatannya terkenangkan Hafiz. Kebelakangan ini wajah lelaki itu selalu sangat menjelma. Kenapa wajah itu sering saja mengisi ruang ingatan? Dia bangun merenung bulan. Bulan purnama. Indahnya…..
Hafiz duduk di kerusi batu laman rumah kembar dua tingkat itu. Matanya tidak mahu lelap biarpun sudah jauh malam. Selalunya waktu-waktu begini dia sudah dibuai mimpi indah. Cuma mood untuk tidur sudah hilang. Asyik menerawang memikirkan Syazrin. Hidupnya betul-betul tidak keruan sejak kehadiran Syazrin. Jadi celaru. Nadia asyik menyindir. Apabila mereka berselisih jalan pasti lagu Purnama Merindu nyanyian Siti Nurhaliza akan didendangkan Nadia seenak-enaknya. Bait-bait lagu itu sesekali mengetuk hatinya. Macam menzahirkan apa yg tersirat dari hatinya.. Bulan di langit tinggi di pandang…. Terkenang bait-bait lagu yg sering Nadia nyanyikan… menyentuh kalbunya..
Rindu… telah melekat dalam hatiku
Walau awan berlalu
Rinduku… tak berubah… arah
Purnama mengambang… cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu…
Rindu yang mencengkam di hatiku
Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi… merindu ku
Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi

Leave a Reply