Thnkz 4 ur willing to visit my blog... Keep in touch with me at facebook: muzz_dani@yahoo.com

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by Unknown - - 0 comments

Last Episode


Keretanya di letakkan berhampiran taman permainan hadapan flet Syazrin. Malam itu sengaja dia menjemput Syazrin. kalau boleh dia tidak mahu Syazrin berjalan seorang diri dari stesen LRT ke rumahnya. Jalan gelap. Dia bimbang kalau sesuatu yg tidak diingini menimpa gadis kesayangannya.
“Kenapa Syazrin masih tak dapat terima abang? Abang tak ada niat yg tak elok pun. Abang ikhlas untuk bersama Rin,” hatinya makin sakit. Pedih. Kenapa Syazrin tidak dapat memberi alasan yg munasabah. Alasannya Cuma satu. Masalah keluarga. Padahal abangnya yg dulu sering menghalang hubungan mereka sudah tiada. Masalah keluarga apa lagi yg dimaksudkan Syazrin. Jika alasan tidak sepadan itu sudah awal-awal di reject. Langsung tak kena. Dia pun bukan anak jutawan nak memilih. Tetapi bila di fikir-fikirkan, kalau ditakdirkan dia anak raja, Syazrin juga yg dipilihnya. Pasti lebih mudah. Rakyat kan tidak boleh menolak titah raja. Dia gila kuasa pulak. Sudah jauh angan-angannya menyimpang.
“Abang, hari ni Rin nak abang tau kebenarannya. Rin sudah tak suci lagi,” gadis itu menundukkan wajahnya. Sebaris ayat sudah menyentap naluri kejantanannya. Hafiz terkedu. Betulkah apa yg didengarinya. Ada air jernih yg mengalir dari kolam mata Syazrin. Cahaya lampu dari tiang berhampiran taman mencuri masuk ke dalam keretanya.
“A.. Apa yg Rin kata tadi? Abang kurang jelas,” di renung wajah mulus Syazrin. Dia inginkan penjelasan. Mungkin dia salah dengar.
“Sebenarnya Rin pernah..,” ayatnya mati di situ. Dia cuba menahan esakan.
“Pernah apa Rin?,” pintas Hafiz tidak sabar ingin mengetahui segala-galanya tentang dia.
“Rin pernah di perkosa,” air matanya mengalir laju. Badannya terhinggut-hinggut menahan esak. Tiap kali memikirkan kejadian itu pasti hatinya pilu. Dia ingin buang kenangan pahit itu jauh-jauh. Tidak mahu diingat lagi.
“Siapa yg buat macam tu pada Rin?,” tangan gadis itu genggam. Dia jugak dapat merasai perasaan Syazrin. Syazrin hanya menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu cerita hitam itu mengganggu tidur malamnya lagi. Sekarang dia tidak mahu bertentang mata dengan Hafiz. Dia rasa tak berdaya. Dia rasa badannya kotor mengenangkan perbuatan lelaki yg tidak berhati perut itu.
“Sebab itu Rin tak layak untuk abang,” ujarnya seraya keluar dari kereta. Berjalan meninggalkan Hafiz yg masih tergamam.
LRT masih sesak seperti kebiasaannya petang-petang begini. Hafiz berdiri saja di tengah-tengah kelompok manusia. Dia hanya memegang besi panjang yg memang menjadi tempatnya selalu berdiri. Tiga bulan sejak pertemuan lalu, Syazrin tidak pernah menyambut panggilan telefon darinya. Malah dia meminta agar Hafiz jangan datang lagi bertemunya. Katanya dia akan mencari Hafiz bila dia sudah bersedia. Memang dia tidak bertemu Syazrin secara berdepan. Cuma setiap hari dia akan melihat Syazrin dari kejauhan. Melihat gadis itu berpura-pura tersenyum melayani pelanggannya di tempat kerja. Dia tahu Syazrin menyembunyikan segala rasa di balik senyumannya yg manis. Hanya senyuman yg menunjukkan dia tampak tabah, cekal. Padahal hatinya sudah rapuh. Malahan setiap petang selepas pulang dari kerja, Hafiz pasti menjenguk Wafi dan Nadia di rumah fletnya. Dia akan membelikan makan malam untuk adik-adik Syazrin. Sehingga dia sanggup menanti Syazrin balik kerja. Dia akan mengikuti langkah gadis itu jauh-jauh di belakang. Dia bukan tidak berani bertemu Syazrin. Dia tahu gadis itu malu. Peristiwa hitam itu telah mengubah segala impian indah seorang gadis bernama Syazrin. pasti dia impikan sebuah perkahwinan dengan lelaki yg dicintainya. Itu bukan salah dia. Dia dipaksa. Nadia juga ada bercerita tentang itu. Malam yg telah meragut segala ketenangannya. Kawan Izham yg menumpang tidur di rumah mereka masuk ke bilik dan memperkosa Syazrin. Ketika itu Izham tiada di rumah. Hanya ada Nadia dan Wafi yg tidak berdaya. Peristiwa itu menjadi rahsia. Bimbang maruahnya tercalar. Hafiz sudah tidak kisah tentang peristiwa hitam itu. Dia cintakan Syazrin kerana dirinya. Lagipun dia kenal gadis itu. Bukan jenis gadis yg suka berfoya-foya. Pioriti hidupnya untuk adik-adiknya saja. Hafiz rasa ada satu perasaan yg menjalar pabila mata mereka bertentangan kali pertama di dalam LRT. Dia cuba selami rasa itu. Rasa yg tidak pernah wujud dalam hatinya. Rasa itu tidak pernah hadir tatkala bertentang mata dengan gadis lain. Kini dia tahu dia memang terlalu cintakan Syazrin. Dia tahu hatinya sudah dicuri si gadis. Syazrin sudah membawa hatinya jauh-jauh.
“Maaf, pen encik terjatuh,” suara yg di selalu didengarinya menyapa. Sebatang pen Parker bertukar tangan. Wajah gadis itu di pandang sekilas.
“Syazrin,” suaranya perlahan. Sekadar untuk didengari telinganya sendiri. Matanya tidak berkedip dari memandang wajah yg terlalu dirinduinya. Syazrin berdiri berhadapan dengannya. Mereka memegang besi yg sama. Gadis itu berdiri terlalu dekat dengannya.
“Maafkan Rin, Rin..,” katanya terhenti. Air mata yg mengalir perlahan di sapu dengan tangannya.
“Sayangkan abang,” sambungnya perlahan. Separuh berbisik. Namun sudah cukup jelas untuk membuatkan Hafiz terpegun. Dia tidak silap lagi kali ini.
“Kenapa Rin tinggalkan abang lama macam ni? Rin tau tak abang menderita..,” sayu dia berbisik betul-betul di telinga Syazrin.
“Rin minta maaf,” pinta Syazrin sambil mengucup tangan Hafiz. Dia tahu dia sudah melukakan hati Hafiz. Tiga bulan dia mengambil masa untuk menjauhkan diri dari Hafiz. Tiga bulan dia cuba menilai kasih lelaki itu. Ternyata Hafiz benar-benar ikhlas menyayanginya. Cinta yg dicari-cari dalam hidupnya selama ini. Dia tahu Hafiz selalu pergi menjenguk adik-adiknya di rumah. Mengambil tahu perihal mereka adik beradik. Dia lelaki yg bertanggungjawab.
“Sudah lah sayang. Abang tak salahkan Rin. Cuma abang terseksa dah lama tak bertentang mata dengan Rin. Abang sayangkan Rin,” hatinya sudah berbunga riang. Dahi Syazrin dikucup. Mujur ketika itu tidak ramai didalam gerabak yg mereka duduki. Hanya beberapa anak muda dihujung sana.
“Sayang,” dagu Syazrin di pegang. Kepalanya didongakkan agar bisa menatap mata bening yg dirinduinya itu.
“Kita kahwin,” kata Hafiz membuatkan bibir Syazrin di rekahi senyuman. Senyuman paling manis buat arjuna idaman….

Leave a Reply