Thnkz 4 ur willing to visit my blog... Keep in touch with me at facebook: muzz_dani@yahoo.com

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by Unknown - - 0 comments

Episode 2 

http://www,facebook.com/muzz.dani 

Hujan masih lebat membasahi bumi yg sudah beberapa hari ketandusan. Dia hanya berdiri sandar di dinding sementara menanti hujan berhenti. Lagipun masih awal. Belum pukul 6 petang. Stesyen LRT Masjid Jamek masih penuh sesak dengan penggunanya. Hafiz merungkaikan tali lehernya. Rimas. Matanya sesekali mengerling merenung beberapa anak muda yg bingit bercerita sambil bergelak ketawa. Penumpuannya tertumpu pada seorang lelaki dan perempuan yg sedang berbual. Lagaknya macam bergaduh. Gadis itu cuba berjalan untuk turun ke oscilator. Lelaki itu menahannya. Hatinya berdegup kencang pabila menyedari gadis itu Syazrin. Pelbagai persoalan muncul di benaknya tiba-tiba. Mungkin lelaki itu kekasihnya. Mungkin suaminya? Ah! Masih muda kan. Takkan sudah berkahwin. Eh! Mana tau kalau lelaki itu benar-benar suaminya. Tidak! Tak mungkin kot. Hatinya sudah gundah. Baru rasa itu tumbuh di sudut hati, tercantas pula. Syazrin sudah hilang di balik orang ramai. Nampaknya dia harus melupakan Syazrin.. Syazrin.. kenapa engkau hadir dan mengetuk pintu hatiku yg sudah lama sejuk beku ni? Arhhhg! Pelbagai rasa sudah menerjah di ruang hati yg bertahun-tahun tandus dek rasa yg sungguh halus, mulus seperti ini.

Seminggu di Pulau Pinang. Hari ini dia harus memulakan tugas seperti kelazimannya. Harus menapak menaiki LRT. Harus bersesak-sesak dengan pengguna yg lazim sepertinya juga. Dia memberikan ruang kepada seseorang yg duduk di sebelah. Briefcasenya yg tadi berada di sebelah, terus beralih tempat di ribanya. Dia menoleh. Syazrin! Di sebelahnya gadis pujaan yg seminggu tidak di tatap. Ada rasa yg menjalar. Rindu kot! Eh! Syazrin kan orang punya. Mana boleh dia masuk jarum pula. Dulu lagi dia bertegas takkan mengganggu hak orang lain. Tapi matanya masih mengerling pada gadis itu. Seperti biasa dengan novel dan earphonenya. Hari ini dia membaca karya Hlovate. aA + bB. Sesekali dia tersenyum. Hafiz ikut senyum. Dia benar-benar menghayati jiwa Syazrin tika itu. Apa yg gadis itu rasa, mungkin dia rasa. Mungkin kerana mereka terlalu hampir. Bahunya hampir bergesel dengan bahu Syazrin. Mungkin itu buatkan jiwa mereka makin dekat. Bisiknya di dalam hati. Tiba-tiba telefon bimbit Syazrin berdering. Lagu Hot n Cold nyanyian Katy Perry . Dia meletakkan novelnya di sebelah. Antara dia dan Hafiz. Lama bercakap di talian. Suaranya perlahan. Tidak mahu mengganggu pengguna lain yg masing-masing buat hal sendiri. LRT berhenti. Dia bergegas turun sambil masih bercakap dengan panggilan dari sana. Hafiz hanya merenung sehingga gadis itu hilang dari pandangan. Eh! Novel awak! Awak! Dia tertinggal novel dia pula. Lalu Hafiz memasukkan ke dalam briefcasenya. Nanti dia akan pulangkan. Esok mungkin mereka akan bertemu lagi. Boleh lah dia pulangkan novel Syazrin.
Usai mesyuarat di Putrajaya dia tidak terus balik ke pejabat. Sebaliknya ke Taman Maluri, Jaya Jusco menjadi destinasi. Dia ingin memulangkan novel kepunyaan gadis pujaan. Eh! EX gadis pujaan. Ada ker macam tu? Hafiz menggumam sendiri. Dia sengaja masuk ikut pintu belakang saja. Tak jauh sangat ke bahagian yg Syazrin kerja. Langkahnya terhenti tatkala terdengar pertengkaran kecil. Syazrin dan lelaki itu. Syazrin mengatakan sesuatu kepada lelaki itu. Pang! Satu tamparan hinggap di pipi mulusnya. Lelaki itu ingin menampar sekali lagi. Hafiz menahan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia bertindak begitu. Perempuan harus dilindungi. Ya. Mungkin itu yg sepatutnya.
“Kau sapa nak masuk campur hal orang ni?,” lelaki itu menjerit kepadanya. Syazrin berlindung di belakang Hafiz sambil memegang pipinya yg sudah merah.
“Bro, jangan lah buat perempuan macam ni. Tak baik,” aduss… dia punya kekuatan entah dari mana untuk mencampuri urusan orang begitu.
“Dia adik aku la. Punya pasal lah aku nak buat apa pun,” wah! Rupanya mereka bukan seperti apa yg dia sangka. Yahoo! Masih ada peluang! Hatinya berbisik gembira. Sempat lagi! Terasa Syazrin menarik bajunya dari belakang. Tangannya terketar-ketar. Gadisku! Aku akan menjadi pelindungmu. Tetapi dia tak sepatutnya begitu. Lelaki itu kan abangnya. Abang lebih berhak dari dia yg entah siapa siapa kepada Syazrin. Syazrin pun mungkin tidak mengenali dia.
“Relaks lah bro. aku tau lah dia adik kau. Tapi mana boleh kau buat macam ni pada dia. dia pompuan,” dia cuba bercakap baik-baik dengan lelaki itu. Bakal abang iparnya. Eh! Melalut lagi dia.
“Kau ni sapa? Dia adik aku. Kau tak payah pening kepala masuk campur hal aku dengan dia. kau sapa, hah?,” lelaki itu masih dengan amarahnya yg tidak berkurang. Mencerun merenung Hafiz.
“Sorry lah. Aku pun tak mau masuk campur. Tapi tolong lah cakap baik-baik dengan dia. dia kan perempuan. Kau tak malu ke kt orang, bro? orang asyik tengok kau je,” nasihatnya sambil cuba memegang bahu abang Syazrin.
“Kau ni pehal?,” gedebup! Sebijik tumbukan padu hinggap di pipi Hafiz. Aduh! Sakitnya. Badannya kurus saja. Tapi sakitnya sampai nak pecah pipi dia. Nasib baik rahang tak patah.
“Awak! Abang! Sudah lah. Jangan lepaskan kat orang lain pula. Nanti orang bagi la duit yg abang minta tu,” Syazrin menerpa kepada Hafiz yg sudah rebah ke lantai. Dia memandang wajah abangnya takut-takut.
“Ha! Macam tu la. Kalau aku minta kau kena bagi. Kalau tak siap kau!,” ujarnya lalu meninggalkan Syazrin dan Hafiz.
“Saya minta maaf sebab saya, awak jadi mangsa,” Syazrin merenungnya sayu. Matanya redup. Dia kesal melihat pipi Hafiz yg sudah lebam.
“Tak apa. Itu perkara kecik aja,” gentleman lagi dia. dia simpati pada Syazrin. Rupanya gadis itu punya kisah hidup yg tragik. Ibunya meninggal dunia ketika melahirkan adiknya yg bongsu. Bapanya pula berkahwin lain setelah beberapa hari setelah kematian ibunya. Langsung tidak mengambil tahu tentang dia dan adik beradiknya lagi. Dia punya empat adik-beradik. Abangnya sudah tidak boleh diharap. Dari mat rempit sudah jadi penagih dadah. Adiknya yg ketiga pula masih bersekolah. Tingkatan 5. bakal menduduki SPM. Adik kecilnya baru berusia enam tahun. Bermakna hidupnya sudah berkecamuk sejak enam tahun lalu. Semenjak pemergian ibu tersayang. Mujur rumah flet yg mereka duduki sekarang di beli oleh ibu. Kalau tidak mesti dia dan adik-beradiknya merempat entah di mana.
“Awak balik pukul berapa?,” dia merenung wajah Syazrin. Gadis itu sedang melipat baju yg di cuba oleh pelanggan tadi. Dia pula duduk di kerusi yg diberikan Syazrin.
“Lambat lagi. Hari-hari buat ot. Boleh tambah duit sikit,” gadis itu senyum. Hafiz di serbu rasa pilu. Dia kesiankan Syazrin. Dia kasihkan Syazrin.. Ya. Dia sedang mencambahkn rasa kasih pada gadis bernama Syazrin.

Leave a Reply