Thnkz 4 ur willing to visit my blog... Keep in touch with me at facebook: muzz_dani@yahoo.com

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by Unknown - - 0 comments

Episode 4

Seminggu berlalu. Sejak insiden itu Syazrin tidak lagi menghubungi dia. petang itu sengaja dia keluar awal dari pejabat. Hari ini dia lebih senang memandu kereta dari menaiki LRT. Kereta di halakan ke tempat parking. Hatinya menyanyi riang ketika terpandang wajah yg sudah seminggu tidak ditatap. Syazrin sedang melayan beberapa pelanggan. Senyuman manis sentiasa menghiasi wajah mulusnya. Hafiz bersandar di dinding. Dia tidak mahu pergi dulu. Biar Syazrin menyiapkan kerjanya. Setelah pelanggan itu berlalu dia menghampiri Syazrin. Syazrin terkejut ketika terpandang wajah dia. Gadis itu seakan ingin melarikan diri dari berduan begitu.
“Syazrin tak suka abang datang ke sini?,” mata mereka saling bertatapan.
“Abang, tak payah jumpa Rin lagi lepas ni,” Syazrin melipat beberapa helai kemeja yang di cuba oleh pelanggan tadi.
“Kenapa? Syazrin tak suka abang?,” Hafiz di serbu rasa sendu. Pasti ada sebab kenapa Syazrin tidak mahu menemuinya. Gadis ini sudah punya kekasih? Tak mungkin. Sepanjang perkenalan mereka, Syazrin sudah mengakui secara jujur dia tidak punya kekasih. Dia masih belum terbuka hati untuk berpacaran.
“Bukan.. abang, ini demi kebahagian abang,” gadis itu pohon pengertian. Berharap sangat Hafiz mengerti dan menghormati keputusannya. Hatinya di calar luka. Tetapi dia perlu bertindak begitu. Untuk kebahagian Hafiz.
“Rin, abang minta maaf. Kebahagian abang adalah bersama Rin. Awal-awal lagi abang ingin berterus-terang dengan Rin, tak sempat hari tu. Tapi hari ni abang nak Rin tau abang sukakan Rin, abang sayang Rin,” luahan hatinya di hamburkan. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Dia perlukan Syazrin untuk melengkapi hidupnya. Wajah Syazrin dipandang lagi. Gadis itu tergamam. Terdiam terus.
“Rin, abang dah jatuh hati pada Rin, please..,” tangan Syazrin diraih. Kali pertama dia melakukan begitu kepada seorang gadis. Hilang rasa malunya. Dia tak ingin terlambat lagi kali ini. Sayangnya pada Syazrin sudah tidak boleh di bendung. Umpama bom jangka yg bakal berlegak. Aku cinta kamu Rin! Ingin saja dijerit sekuat hati. Biar semua dengar apa yg tersirat. Tetapi dia tidak punya kekuatan seperti itu.
“A.. Abang.. jangan macam ni,” Syazrin terkedu. Tangannya di renggut kasar.
“Rin bagi peluang pada abang. Abang akan membahagiakan Rin,” Hafiz memujuk. Dia tahu Syazrin pernah kecewa dalam cinta. Dia ingin meyakinkan Syazrin, cintanya pada gadis itu adalah yg pertama dan yg terakhir.
“Abang takkan bahagia kalau bersama Rin,” tuturnya. Wajahnya berpaling dari bertentang mata dengan Hafiz. Dia sudah bertekad dengan keputusannya. Semuanya demi lelaki ini.
“Apa yg Rin cakap ni? Abang Cuma nak bersama Rin. Abang serius. Abang tak main-main,” bagaimana harus diluahkan lagi. Yakinilah cintaku ini Rin. Aku ikhlas ingin memilikimu. Bisiknya di dalam hati.
Tidak.. kalau bersama Rin, abang akan menderita. Cukup lah seketika Rin menumpang kasih abang.. relung hatinya berbisik juga. Hati mereka sama-sama berbisik.
“Rin, kalau Rin tak dapat terima abang, tolong bagi penjelasan, abang nak tau.Rin dah ada orang lain? Mungkin abang yg terlambat..,” wajahnya sudah sendu. Hatinya sudah hampir patah. Dia benar-benar kalah. Hatinya sakit. Beginikah rasa kecewa? Beginikah rasa terluka? Dia kan belum bercinta. Bagaimana dia sudah terluka, kecewa? Wajah Syazrin ditatap. Gadis itu hanya diam. Kebisuan mengepung mereka. Setelah setengah jam berlalu, Hafiz melangkah. Meninggalkan Syazrin yg beku. Gadis itu tidak menghalang. Tidak memanggilnya.

Leave a Reply