Thnkz 4 ur willing to visit my blog... Keep in touch with me at facebook: muzz_dani@yahoo.com

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by Unknown - - 0 comments

 Episode 7

Dentuman kuat membuatkan beberapa kenderaan berhenti serta-merta. Sebuah motosikal yg ditungangi dua lelaki melanggar sebuah pacuan empat roda. Sebuah kereta melanggar pembonceng motosikal yg terpelanting ke tengah jalan. Lelaki itu tenat. Muka dan dadanya berlumuran darah. Hafiz sekadar memandang dari dalam keretanya ketika berselisihan dengan lelaki yg terlentang di tengah jalan. Ngeri. Beberapa pengguna jalan raya memberi bantuan. Dia takutkn darah. Lebih-lebih jika kemalangan ngeri seperti ini. Darah memenuhi tempat lelaki itu terlentang. Penunggang motosikal pula mengalami kecederaan. Tetapi tidak serius. Kelihatannya, lelaki itu sedang meratapi lelaki yg terbaring tadi. Dihinggut badan lelaki itu. mungkin mengharapkan lelaki itu membuka matanya yg terkatup rapat.. Hafiz menekan pedal minyak ketika keretanya sudah melewati deretan kenderaan yg bergerak perlahan.
Panggilan telefon dari Nadia pagi itu membantutkan hasratnya yg baru membuka pintu kereta. Dia ada mesyuarat di Putrajaya pukul 10. mesyuarat penting. Tetapi panggilan ini lebih penting. Izham akan dikebumikan sebelum zohor. Rupanya kemalangan semalam melibatkan Izham. Muka lelaki itu yg penuh darah membuatkan dia tidak dapat mengenali si empunya diri. Nadia kata Izham koma sebelum meninggal pada jam 10.30 malam. Dia jadi keliru sekarang. Terus ke putrajaya atau terus ke hospital. Nadia sudah memesan kepadanya awal-awal supaya jangan risau. Sudah ada orang menguruskan pengkebumian abangnya. Tetapi kejam sangat kalau dia tak ke hospital sekarang. Mesyuarat itu juga penting. Perbincangan akhir dengan klien. Yang mana satu harus didahulukan. Dia jadi keliru.
Bunga kemboja luruh di atas pusara yg tersusun rapi di kawasan perkuburan pinggir bandar itu. Kebanyakkan batu nisan berwarna putih. Dari kejauhan dia nampak Syazrin masih di pusara merah itu bersama Nadia dan Wafi. Sudah ramai yg pulang. Di tangan gadis itu ada surah yaasin yg sudah hampir separuh di baca. Nadia pula sudah menghabiskan bacaannya. Hafiz mengambil tempat berhadapan Syazrin. Surah yaasin yg diambil dari kereta, di bacanya sehingga habis. Sesekali bacaannya terganggu ketika terdengar esakan kecil Syazrin yg sengaja di tahan-tahan. Nadia memeluknya erat. Gadis itu juga menumpahkan air mata di bahu Syazrin. Wafi yg kurang mengerti asyik bermain tanah merah kuburan abangnya. Baju melayu putihnya kotor. Hafiz jadi sayu. Dia benar-benar simpati pada Syazrin. Berat mata memandang pasti berat lagi bahu yang menanggung.
Sudah tiga malam kenduri arwah dan bacaan tahlil diadakan di rumah Syazrin. Mujur jiran-jirannya memahami. Tidak lokek membantu dari segi keringat dan wang ringgit. Kebanyakannya kenalan arwah ibunya dan ayahnya. Cuma yg membuatkan dia bertambah sedih apabila wajah ayahnya muncul sekadar di pusara abang. Itupun setelah lelaki itu selamat di semadikan. Biarpun perangai abangnya memang teruk. Tapi dia tidak pernah lupa, pada awal kematian ibunya, ketika ayahnya pergi meninggalkan mereka empat beradik. Izham yg bertungkus lumus bekerja. Mencari duit menyara adik-adiknya. Wafi terlalu kecil. Syazrin, Nadia dan Izham bergilir-gilir menjaga adik kecil mereka.
“Syazrin, cik Pah balik dulu, ya,” tegur seorang wanita separuh umur yg agak gempal. Syazrin sedang mengemas dapurnya yg berselerak.
“Terima kasih cik Pah,” ucapnya pada wanita terakhir yg meninggalkan rumah mereka. Nadia sedang membasuh pinggan yg masih bersisa di sinki. Syazrin ke depan. Kelihatan Wafi sedang tidur di pangkuan Hafiz. Hafiz sedang mengusap-usapkan rambutnya. Matanya terpejam. Mungkin sudah keletihan. Selepas kerja tadi dia terus bergegas ke rumah Syazrin. Membantu apa yg perlu. Begitu juga kenduri dua malam lepas. Hatinya tersentuh. Lelaki itu setia menemani dia di saat sukar begini.
“Abang, dah lewat ni,” katanya sambil cuba mengangkat Wafi yg sedang enak terlena.
“Hm.. eh! Takpa. Abang angkat Wafi,” lelaki itu cepat-cepat mengendong budak lelaki itu yg sudah mengeliat. Merengek kerana tidurnya terganggu. Wafi di bawa ke bilik. Kemudian dia keluar terus ke pintu depan. Syazrin berdiri di pintu.
“Abang, terima kasih sebab tolong kami semua. Tak terbalas budi yg abang hulurkan,” lirih suaranya seraya memandang wajah Hafiz yg masih mengukir senyum biarpun keletihan.
“Jangan macam tu. Abang tak minta apa-apa untuk di balas. Jaga diri baik-baik. Ada apa-apa terus call abang, ya,” katanya sambil berlalu. Syazrin sekadar mengangguk. Dia menghantar kepulangan Hafiz dengan pandangan mata sehingga bayang lelaki itu hilang.

Leave a Reply